Saturday, March 14, 2009

''he's just not that into you''

haaa..aku saje nak promote bloq nih..sebenarnya aku ambik bloq nih dr seorg kawan ofis aku yg selalu mengikuti bloq razzi rahman ni...bosan2 aku baca.....ader artikel nih sgt2 sesuai kalau2 korg ader suka seseorg,tp tetiba dia cm nak mengelak dr korg.. specially girls laaa.kan..haaa..aku just copy n paste tok korg baca.....


Minggu ini, bro Razzi ingin kongsi dengan semua pengunjung blog Brother Love ni, info dari buku yang pernah bro baca dulu. Tajuk buku ni ialah, “he’s just not that into you” dah baca ke belum? Kalau belum pergi beli
Interesting about this book is, penulisnya Greg Behrendt adalah seorang komedian dan consultant kepada siri komedi cinta popular, “Sex in the city” …jadi, cara penulisannya juga cukup humor dan menggelikan hati TETAPI very straight forward! Mungkin bro suka membaca buku-buku yang jenis seperti ini membuatkan cara penulisan bro Razzi dan segala jawapan kepada email anda juga, lebih kurang laa
Penting : Di dalam buku ini, Greg betul-betul ingin membuka mata wanita-wanita yang selalu terpedaya, wanita yang sentiasa fikir segala-gala is okay dan juga wanita yang confused dengan status dirinya, samada bercinta? berkawan? atau tiada apa-apa lagi.
Best part, Greg juga telah lampirkan beberapa email pertanyaan bersama jawapan straight forward darinya. Dan dari kebanyakan pertanyaan yang diterimanya, kesemua jawapan adalah sama, He’s Not That Into You!
Maknanya, pasangan anda sebenarnya tidak berminat dengan anda. Cuma anda sahaja yang tidak sedar dan selalu menyangka yang anda berdua masih ada peluang. LALU, kerana mahu memuaskan hati anda sendiri, anda telah membuatkan (alasan) EXCUSES UNTUK LELAKI itu!


Hakikatnya, anda tahu yang :-
anda dan dia sebenarnya tidak ada harapan lagi
anda tahu yang dia sudah jauh menghilang diri
anda tahu yang dia sudah tidak berminat lagi.
Ada berbagai-bagai alasan yang selalu wanita buatkan untuk menjawab pertanyaannya sendiri demi menghilangkan rasa kecewa dan bimbang. Sedangkan apa yang sepatutnya anda lakukan ialah, mulakan hidup baru, buka lembaran baru dengan orang baru. Berbagai-bagai alasan pula yang anda buat untuk tidak memulakannya, letih nak mula bercinta balik lah, sudah bosanlah, putus asa lah
Di sini, bro Razzi lampirkan 2 keratan dari buku ini, satu pertanyaan dan satu lagi jawapan.
Nampak excuses yang girl ni buatkan? “Maybe he wants to take it slow” Now, baca pula jawapan Greg padanya…
Hehehe ada banyak lagi alasan-alasan yang selalu wanita buatkan untuk lelaki APABILA lelaki yang diminatinya tidak mesra seperti dulu. Semuanya semata-mata kerana mahu menyedapkan hati sendiri. Antaranya :-
Mungkin dia tak mahu merosakkan persahabatan? ~ Lelaki jika mahu, tak kira sahabat atau tidak!
Mungkin dia takut dengan kedudukan saya yang lebih tinggi? ~ Lelaki jika mahu, tidak kira pangkat atau kedudukan!
Mungkin dia perlukan masa untuk berfikir? ~ Lelaki jika mahu, akan terus mahu, mahu dan mahukan anda …no excuses, that’s it!
funny but true! Tak perlu nak buat excuses atau menidakkan apa yang bro tulis ni, semuanya terbukti nyata di dalam buku ini dan beberapa buah buku lain. Apa yang perlu kita fikirkan ialah, “We got to move it, move it…we got toooo..MOVE ON!” (nyanyi kartun madagascar jap )

Ikhlas dari,Razzi Rahman @ Brother Lovehttp://www.razzirahman.com/blog

ni tips 10 pasal lelaki..

1. Ayatnya : I cintakan you, tapi I tak boleh bercinta dengan you.Bro love jawab : Menipulah tu, samada dia dah ada girlfriend lain atau dia sudah kahwin. Sebab dia cakap macam tu? Suka-suka, boleh mengorat 2-3 girls in one time. So? Cari boyfriend lainlah!
2. Ayatnya : I sayangkan you kerana you buat I happy sangat tapi i tak nak ada komitmen.Bro love jawab : Sebab tak nak ada komitmen adalah kerana dia mahu ‘his options open’ so, kalau-kalau dapat jumpa girl lain yang lebih dari you, dia tak perlu nak break off dengan you, kan? Sebab tu lah tiba-tiba je hilang tu,
3. Ayatnya : I sibuk sangat dengan kerja. Tak sempat nak call you.Bro love jawab : Dah mulai bosan dengan you lah tu haaa…nak call pun tak sempat? Mengalahkan Perdana Menteri! Mana ada orang yang sibuk sangat sampai lupa nak call orang tersayang…Tak sayang lah tu sebab tu lupa! Jangan terima je ayat dia yang lemau tu…
4. Ayatnya : I malas lah nak text you, nak kena type sms letih lah.Bro love jawab : Sekali lagi tak logik! Lelaki, kalau time dia nak kat any girls, sms 20x betul tak? So, bila dah dapat, malas pulak nak sms? Haa…ada minah lain lah tu. Cari boyfriend lain lah cepat-cepat!
5. Ayatnya : I nak kahwin dengan you tetapi bukan sekarang.Bro love jawab : Adoi!!…klasik!! Mengapa bukan sekarang? tak ada duit? Pinjam lah! Akad nikah RM88 je beb…kalau tak ada duit sangat jangan bercinta in the first place. Buat sakit jiwa orang perempuan je
6. Ayatnya : Nanti I ada duit banyak, I akan belikan you gelang emas okey sayang.Bro love jawab : Haa…ini nak ‘makan’ dulu lah ni. Yang girl ni pun percayalah…terus bagi pinjam duit, then mamat ni pun lesap! be strong…jangan sesekali bagi pinjam duit kat boyfriend anda!
7. Ayatnya : I nak kat you, tapi Mak I tak suka kita bersama.Bro love jawab : Salah satu cara untuk break off ATAU stay not commited…yang mana girl ni tak boleh nak marah kat lelaki. Trick dia, put the blame on someone else, dalam kes ni, put on his mother…paling kuat, girl boleh marah kat mak lelaki tu je lah. Si lelaki, lepass…Yang mamat ni pun, sama-sama berlakon, “Tu lah mak i ni teruk lah!” Selang few days, dia pun hilang…yang girl ni pulak terus duk maki mak lelaki tu tak habis-habis, adoi!
8. Ayatnya : I belum boleh bersama you buat masa sekarang sebab I masih belajar.Bro love jawab : Ini ayat, mungkin boleh percaya, mungkin juga tipu. Selalunya yang jarak jauh, ni lah alasan dia, masih belajar! kalau betul okeylah…tapi kut belajar pun tak, kerja pun tak, hampeh!
9. Ayatnya : I letih-letih pergi kerja, you sibuk je nak sayang-sayang, rimas lah.Bro love jawab : Hmmm…memang rimaslah tu, tok sah tanya bro mengapa lah…pasal, im sure you all dah bertahun bersama dan duk buat rutin yang sama. mesti rimas, mesti boring…cuba buat interesting things sikit. Unusual staff..
10. Ayatnya : I sayang sangat kat you baby, I tak happy dengan wife I, bila dengan dia, I selalu teringat kat you je…tapi I belum boleh cerai dia lagi sekarang ni, ia mengambil masa!Bro love jawab : Haa…yang ni puas dululah lelaki tu ratah girl ni, adoi! Yang girl ni lak sayang punya pasal…bagi, bagi, bagi, pasal duk diberi janji nak kahwin lepas cerai bini ni. Tapi bertahun tak cerai-cerai. Aduuhhh…
Basically, semua alasan lelaki ini, cara mengayat…or whatever you call it…hanya akan menghancurkan masa depan wanita yang percaya dengan kata-kata lelaki ini. BUT, not all lelaki jahat, suka mengayat macam ni…UNTUK tahu dia genuine atau tidak? real or penipu?…
Apabila keraguan mulai menular di dalam jiwa anda, dan naluri anda tertanya-tanya seorang diri, maka PERCAYALAH kepada naluri anda itu yang dia sebenarnya PENIPU!
The minute anda mulai tergerak hati untuk email kat bro masalah you tu, itu sudah menunjukkan yang pasangan anda tidak ikhlas sehingga membuatkan anda berniat untuk mencari jawapannya. You can ask me any questions, tapi the answers selalunya bukan yang anda cari because, “The Truth… hurts!”

No comments: